Salam, Hari ini adalah hari terakhir aku sebagai penganggur.Esok bermula hidup aku sebagai seorang pekerja.Mmmm bkn pekerja lah.lebih kepada trainee.Esok aku akan menjadi trainee di iPerintis Sdn Bhd iaitu anak syarikat Petronas yg terlibat dlm bidang IT.Aku adalah salah seorang yg berjaya diterima masuk dlm Graduate Program yg dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia(BNM).Ringkasnya BNM menghantar aku training di iPerintis dgn elaun bulanan dibayar oleh BNM.Harapan aku dlm masa terdekat nie aku dapat diserap masuk terus ke dalam BNM. Selepas habis belajar bln 11 tahun lepas aku terus menganggur sampai sekarang.Susah nk dapatkan kerja.Maklumlah ekonomi masih tidak begitu baik.Tp kira bertuah gak sbb bln satu aku dapat byk offer.Kebanyakannya drpd bank.Tp semua terpaksa ku tolak sbb peluang BNM nie bkn senang dapat.Walaupun hanya bg elaun bulanan sahaja.Aku berserah aje.Aku harap dan berdoa pilihan aku nie betul. So esok Isnin bersamaan dgn 18 Januari 2010 aku akan mulakan perjalanan aku……Kena bangun pagi hari2.Uwaaaa……
Sunday, January 17, 2010
Wednesday, January 06, 2010
Tahun Baru Harapan Baru
Posted by Green Thinker at 12:40 AM 0 comments
Friday, December 04, 2009
Pening dan Penat...
Salam,
Setelah hampir sebulan bersara dari alam kuliah, assignment, dan final exam, aku kembali semula ke bandar muadzam shah,pahang utk kali yg ketiga pada isnin lepas.Dan br petang tadi aku kembali semula ke pangkuan keluarga.Eceh...Jenguk member2 lama yg xabis belajar, yg sibuk dgn urusan add and drop subjek,yg sibuk bersiap2 nk pi kelas, aku rindu blk pada suasana dulu semasa bergelar pelajar.Tp yg pasti aku xakan dpt merasa kembali suasana itu sbb pointer aku ckp baik utk aku repeat atau extend.hehe... berlagak gilerrrr...
Kesian jugak kat org tersayang yg tggl 1 sem lg.Terpaksa uruskan semua sendiri sbb aku da xde.Tp klu da namanya perempuan, wlupun blh uruskan sendiri tp nk jugak abg dia nie dtg tgk.So terpaksalah aku dtg jugak.Apalagi aktiviti kat muadzam.Siang keluar dgn si dia.Mlm pulak semabng dgn member sampai ke pagi.Mcm citernya xpernah abis.Member aku yg nerd pun skrg da ada kereta.Lg panjang laa kot langkahnya.
Cadangnya nk blk ari selasa petang.Tp tangguh ari rabu.Last2 hari khamis nie br blk.Semua sbb org rumah punya pasal pastu member pulak racun suruh stay sampi sebulan.Gilerrr...Kebetulan ari rabu mlm member cum ex housemate aku dr penang dtg muadzam gak.So berborak panjang laa kitorang mengenang nsb dr yg msh xde kerja lg.Dia nie pun satu kelas dgn aku n amek course yg sama.Punye laa borak panjang last2 aku bg idea klu xde offer gak bln 12 nie, aku ngan dia naik KL awal tahun depan.Selamber kering cr kerja direct kat sana.Apa yg ada tue sebat dulu.xkesahlaa jual burger tepi jalan ke?Yg penting masyuk.Setakat sambil2 ape ada hal kan sementara nk tggu real offer dtg.
Aku punye pelaburan unit amanah ttp jalan lg tue pun secara sambil2 gak.Malas nk cr ramai sgt klien sbb aku pun xterpikir nk buat fulltime kerja nie.Klien skt so senang skt nk jaga.Yg penting diorang labur banyak..hohoho.Setakat nie pun akaun klien aku sume cantik2.Market pun da mula rebounce.So xberapa nk risau laa.Tp monitor ttp monitor.
Hmmm....kerja oh kerja.Ha aku ingat lain kali aku nk citer kenapa aku xnk buat kerja perunding unit amanah nie fulltime.Padahal da ramai jd jutawan sbb buat benda nie aje.Kenapa aku nk sgt kerja kat company yg bg fixed income.Okey sume tue aku akan rungkaikan akan datang....
Wassalam.Da nk masuk subuh nie.Semayang dulu br tdo sampai tgh hari sbb arini ari jumaat.
Posted by Green Thinker at 5:30 AM 0 comments
Saturday, October 24, 2009
Corat-Coret
Salam,
Aku ada byk yg aku pikirkan dlm kepala dan nk aku citerkan kat sini.Tp tgn ini terlalu malas utk menaip.Klu laa ada mesin braiscanner mmg da lama aku scan n post sume yg ada dlm kepala aku nie.
Aku xlama lg nk abis belajar.Selama 4 tahun di UNITEN mcm2 yg aku dpt.Future wife pun dapat.hehehe.Tp keinginan utk belajar msh ada lg.Suasana waktu belajar mmg ssh nk aku tinggalkan sbb dah sebati.Ye laa kita belajar start umur kita 5 tahun smpai laa skrg.Tiba2 nk tnggl sbb nk msk alam pekerjaan pulak.Bkn senang.Tp itulah kitaran hidup.
Bercakap pasal kerja nie aku msh berfikir lg aku nk kerja apa.Sama ada msk private atau government.Atau aku teruskan kerja aku sbg Unit Trust Consultant.Wlupun kerja tue memberi pulangan yg agak lumayan tp aku lbh suka dgn sesuatu yg lbh terjamin.Kerja yg berpendapatan tetap.Based on komisyen aje mmg xsecure.Ada beberapa tempat yg jd pilihan aku.Mostlynya bank laa.Tp aku minat jugak nk msk government.Byk kelebihan.Hmmm..... nk kerja apa yek.Think...Think...Think...
Budget 2010 br aje umum semalam.Menarik jugak sbb byk pengecualian cukai utk pekerja.Kelebihan pd student pun byk.Tp masa tue aku bkn bergelar student lg.Apa yg menarik perhatian aku dlm budget 2010 nie ialah sesiapa yg berkerja di wilayah Iskandar (johor) akan menikmati cukai sbyk 15% sahaja berbanding yg spttnya 26%.So aku fikir nie peluang baik.Ye laa hampir stgh perbezaannya.Klu org lain kena cukai cnthnya Rm 1000, kita kena lbh krg Rm600 aje.Lbh Rm 400 tue blh buat apa? Labur dlm unit amanah.Hi hi hi....Tp nk kerja apa kat iskandar tue?.Apa company yg ada kat sana?.Nk ke diorang terima lepasan ijazah kewangan mcm aku nie?.Xpe2 nnti aku cari.
Sekarang aku tgh tggu final exam yg plg final nie.Da xlama da.Minggu depan aje.Apa pun xstudy lg nie.Asyik dgn movie pastu internet.Lg2 bila da ada facebook.Melayan facebook aje laa atau lbh tepatnya melayan application mafiawars.Seronok sbb skjp aje aku da level 20.Tp skrg mcm da boring pulak main.Bkn sbb gamenya xbest tp internet kat uniten nie yg lembab nauzubillah.Bila kena serang aku nk counter mcm maner.Diorang lg laju dr aku.Tue yg jd malas nk main.Start masuk sampai laa aku nk keluar, speed internet uniten still mcm nie.Klu xkena bayar xpe laa.Xde laa aku bising.
Member2 sekolah aku dulu ramai yg da kawin.Especially pompuan laa.Yg lelaki pulak da bertunang.Aku br start nk membina kerjaya.Ahh xkesahlaa...Lgpun aku target kawin umur 28 ke atas.Klu awal drpd tue maknanya rezeki murah.Da secure ada kereta,rumah dan kerjaya yg mantap br laa pikir nk kawin.Nk takut apa.Calon isteri da ada.Tp xtau laa dia sggp tggu aku ke x?Ayg jgn nakal2 tau.Abg tendang laju2 nnti.
Hmm kerja.Byk benda nk kena pikir.Nk kerja apa?nk beli rumah kat mana?nk pki kerete apa? hutang nk bayar mcm mana? Nk kawin kali kedua dan seterusnya bila? Eh silap silap silap.Terlepas cakap pulak.Tue perancangan masa hadapan bkn masa skrg.Ho Ho Ho.Xde dlm perancangan pun sbnrnya.Tp klu ada, tue namanya rezeki Allah.Alhamdulillah....hehe.Saya xmencari tp saya juga xmenolak.
Hidup.....sampai bila kita akan hidup?Berapa kuat kita menahan segala dugaan dlm dunia nie?Kadang2 dugaan dan cabaran hidup membuatkan kita lupa dgn pegangan dan prinsip hidup kita yg kita pegang kukuh dan agungkan selama nie.Kenapa aku ckp mcm tue? Sbb aku skrg nie pun da ngantok dan rasa nk tdo wlupun tadi aku berazam utk study strategic management.Cabaran betul laaa...hihi.Persoalan kat atas tue aku rungkai di lain hari laa yek.
Gudnite sume...Jumpa lg di lain pemikiran.Wasalam....
Posted by Green Thinker at 6:41 AM 0 comments
Tuesday, August 25, 2009
Soalan Licik
Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"
Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".
Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.
Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36
Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.
Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku
Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa
Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)
Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman
Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu
Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah
Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan
Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung
Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah
Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay
Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck
Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork
Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname
Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart
Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".
Posted by Green Thinker at 10:33 AM 0 comments
Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan
Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).
Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja
tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya.. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.
Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.
Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari Dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkanprodu ktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.
Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa menjaga aurat.
Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,Samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.
13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.
Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
Renung-renungkan & Selamat beramal
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut,anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA
Posted by Green Thinker at 10:29 AM 0 comments
Friday, July 31, 2009
Kereta baru atau Kereta secondhand,Local atau Import
Salam,
Lama betul aku xpost isu baru.Bkn xnk post tp internet lmbt sgt.Tue yg jd malas.Arinie kita cite pulak pasal kereta.Da kerja nnti apa kereta kita nk pakai.Masa br start kerja mmg berkobar2 nk beli kereta.Jgnkan br start kerja, masa belajar lg pun kita da syok pikir apa keta nk pki nnti.Aku secara peribadi mengaku aku akan beli kereta secondhand aje and certainly import car.Kenapa? Ha tue yg akan kita bincangkan kat bwh nie nnti.
Kat sini kita share skt apa yg kita ptt tau pasal kereta di Malaysia.Korang pernah dengar pasal AFTA.Asian Free Trade Area.Malaysia salah satu negara yg terlibat dlm AFTA nie.AFTA scr ringkasnya adalah perjanjian di antara negara2 pengimport utk mengurangkan cukai import di antara negara2 di Asia.Dlm bhs omputihnya trade barriers between asian country have been narrowed.Kita xpayah citer pasal ekonomi,pasal GDP,GNP,exchanges rate.Sat lg pening kepala pulak nk paham.Pendek kata negara asia bebas utk melakukan urusniaga sesama sndr.Klu dulu kita nk pki brg2 import punya laaa mahal.Skrg org biasa pun da blh pki brg2 import.Contohnya kereta laaa.So apa pro and connya AFTA nie pada industri automobil negara kita.Sejak pelaksanaan AFTA pd thn 2002,cukai import bg kereta telah berkurang scr berperingkat drpd yg asal iaitu 300%.Skrg cukai import lbh krg 20% bergantung sama ada kereta tersebut di import sepenuhnya atau body part aje yg diimport(pasang kat malaysia laaa).Bermakna kereta import da makin murah laa mcm yg kita tgk skrg nie.Keburukannya pulak industri otomobil negara jatuh.Proton xmampu lg nk menyaingi kereta import kerana perbezaan harga cuma sdkt aje sedangkan kualiti(paham2 sndr laa).Bkn x patriotik tp kita sbg pengguna ada hak utk memilih.So kenapa nk bayar utk sesuatu yg krg kualitinya.Menteri2 pun da tukar keta rasmi diorang ke kereta import.Apa citer???...Haa sbb nie laaa aku pilih kete import.Klu aku nk beli second carpun aku akan pilih Perodua.Nie citer lain pulak nape aku pilih perodua.
Bab 2 pulak kenapa aku nk beli kereta secondhand.Korang tau x kadar susut nilai(depreciation) kereta di malaysia adalah lebih kurang 20% setahun.Kereta yg br keluar dr kilang akan berkuarang sbhgn kecil nilainya sebaik saje berada di jalan raya.Kereta baru akan berkurang nilainya hampir 40% dlm masa 3 tahun.So kereta second hand adalah pilihan yg terbaik kerana harganya yg murah.Kita bkn nk pki lama kereta pun.Bila sampai masa kita akan tukar jugak dgn kete lain.Ye laaa mana tau akan dtg gaji kita mkn besar pastu start da ada family sndr.Xkan nk pki kete lama lg.Mesti laaa tukar kete lain yg sesuai dgn gaji kita dan keselesaan keluarga kita.Dgn susut nilai kereta hampir 20% setahun bape nilai kereta br kita tue nnti bila kita nk jual.Kan da rugi besar.Ingat, kereta adalh pelaburan yg plg rugi.Ada org nie nk beli keta br sbb nk menunjuk2.Ye laa kan malu jugak bila org ckp kita pki kete second hand.Pastu xnk beli kereta terpakai sbb tkt byk problem.kereta br pun kadang2 ada problem gak sampai kena pggl blk.Skrg byk dealer kereta terpakai.Kita blh cek sndr kondisi kereta tue baik atau tak.Kadang2 kereta terpakai nie br aje beli tp da jual blk sbb org just nk rasa bawak kereta tue.(nie kes bg org2 kaya laa).Pendek kata tepuk dada tanya poket.klu byk melambak boleh laaa beli kerata br.Klu stkt nk bayar sewa rumah dgn bil utiliti pun da menangis baik beli kereta second hand aje.xde kurang mana pun.
Last aku nk kongsi tips nk beli kereta.Nie just copy paste aje.He he he......Hapy reading and target for financial freedom.
• Take the time to carefully identify your current and future transportation needs, and pick an appropriate vehicle. Transportation represents different things to different people. For some drivers, it represents status in society. Other drivers place greater emphasis on reliably getting from point A to points B and C. The more closely you match your driving needs with the vehicle you buy, the more driving pleasure you will experience and the more likely you are to want to hold onto the vehicle.
• Identify how much you can afford to spend per month on transportation. A rule of thumb suggests that the cost to rent an apartment per month should not be greater than 25 percent of your monthly net pay. The cost of an auto loan should not exceed 10 to 12 percent of your monthly net pay. In some instances, that could mean leasing a vehicle rather than taking out a loan.
• The vehicle down payment should be the largest possible, and the amount of money borrowed the lowest possible. In addition, borrowing for the shortest period (i.e., a 24-month loan rather than a 48-month loan) will reduce the overall cost of the loan.
• Identify the various loan sources such as banks, savings and loans, credit unions and national lenders. In regard to national financing vs. local financing, it can be useful to determine what the cost of a loan would be from the national sources, but to accept a loan from a local source if the loan cost is comparable or nearly comparable between the two. Compare the APR (annual percentage rate) that each of the sources will charge for the loan. The cost of a loan is negotiable. Therefore, be certain to inform each source what the others have to offer. In addition to the loan's APR, remember to also compare the other costs associated with a loan, such as loan insurance and loan processing costs.
• Be certain to read and understand any fine print contained in the loan contract. Insist that the loan contract gives you the option of making payments early and that the payments will be applied on the loan principle with no penalty or extra cost if you pay off the loan early.
• Do not settle for a vehicle that does not entirely meet your transportation needs because of low dealer or manufacturer incentive financing. Sometimes dealers or manufacturers offer extremely low APR financing on vehicles that the dealer is having a hard time selling. That's why it helps to have initially identified the correct vehicle before encountering the sales pitches and other influences of buying a vehicle.
Posted by Green Thinker at 11:07 PM 0 comments
Thursday, July 16, 2009
Simpanan Dan Kesederhanaan
Salam,
Arinie aku nk citer pasal simpanan dan kesederhanaan bg generasi muda mcm kita nie.Memandangkan kita masih lg bergelar pelajar dan mgkn ada yg br start berkerja ada x pernah kita terfikir utk buat simpanan atau pelaburan.Kita yang harap pada pinjaman atau biasiswa atau bantuan kewangan kewangan oleh mak ayah kebiaasaannya semua tue akan habis bila habis semester.So mcm maner nk simpan dlm bank apatah lg nk melabur.
Kita pegi jauh skt.Citer bila kita da kerja nnti.Apa perancangan kita dr segi kewangan.Adakah kita dah buat rancangan kewangan ataupun just belanja aje bila dpt gaji.klu ada lebih yg tue laa kita simpan.
Biasa sgt org2 muda mcm kita nie cukup ghairah bila kali pertama dpt gaji.Klu boleh sume benda nk beli.Kereta mestilah yg pertama sekali nk beli.Pastu klu boleh kete tue nk yg br pastu ada jenama.Klu kereta tempatan nie minta maaf laaa nk pandang sgt sbb kete luar negara pun harga lbh krg sama gak dgn kete tempatan.Tebiatnya org skrg nie sggp buat loan byk2 sbb nk dpt kete idaman punya pasal.Ye laaa gaji pun xcukup nk bayar down payment besar skt.Besar down payment br kecik skt installmentnya.Masalahnya nnti kita nie br start kerja,pastu nk bayar ptptn(kena bayar tau),installment kereta,sewa rumah,nk kirim duit kat kmpg lg tolak itu ini sume apa yg tinggal utk kita simpan.
So kat sini yg nk aku citer dan kongsi ialah apa pentingya ada simpanan.Masa aku dengar financial talk oleh sorang financial planner kat UNITEN dia ada ckp "simplification".Apa dia simpilfication nie?.Dlm bhs melayunya ringkas laaa.Yg aku boleh ckp simpification nie ialah mcm maner kita nk hidup dgn gaya yg serba ringkas tapi gembira.Kira xbyk cekadak laa nk itu nk ini.Jadi apa kena mengena simpification dgn tajuk kat atas tue?
Bila kita amalkan gaya hidup ringkas,xbyk benda yg kita nk pki atau belikan.Dengan simplified kan gaya hidup, kita spttnya simpan dulu bape portion yg kita tentukan sendiri slbhnya br belanja.Bkn belanja dulu pastunya yg lebihnya simpan. "Rule Of Six(6) Jar".Apa yg spttnya kita buat bila kita dpt gaji ialah kita bahagikan pada 6 bahagian atau 6 akaun.
1) 50% untuk keperluan harian.Ini duit belanja kita utk makan minum,pakaian,bayar
bil,krm duit kat kmpg dan sebagainya laaa.
2) 10% utk pelaburan.xboleh guna atau belanja lgsg.hanya utk pelaburan shj.
3) 10% utk hiburan.Kadang2 kita nk pi enjoy gak kan.Nak lepaskan tekanan kerja.So nie laa
duit yg kita guna dan xblh lebih.kurang xpe.
4) 10% utk simpanan jangka panjang.Nie utk kita beli kereta,beli rumah atau nk kawin ke
atau nk kawin lg ke.kira perbelanjaan yg perlukan komitmen yg lama.
5) 10% utk pelajaran.Mana tau nnti kita nk smbg bljr atau anak2 kita nnti nk belajar.Xpayah
laa kita nk buat pinjaman lg.Guna duit sendiri aje.Xde laaa pening nk bayar hutang byk sgt.
6) 10% utk amal jariah.Orang kata makin byk kita memberi mkn byk yg kita dapat.so kita
harap laaa sedekah kita tue memberi keberkatan pada pendapatan kita.Semoga makin murah
rezeki kita nnti.
Tips nie bkn utk gaji yg pertama aje.Klu boleh selagi kita berkerja dan dapat pendapatan selagi tue laaa kita amalkan tips nie.InsyaAllah hidup kita lebih tenang dan bahagia.Klu dilihat balik sbnrnya senang aje klu kita nk hidup senang.Xbyk hutang.Cuma kita aje yg suka2 nk menyusahkan diri kita sndr.
Sekian utk kali ini.Aku harap tips nie dpt membantu korang dan juga aku sndr yg baru nk melangkah ke alam pekerjaan dan kehidupan yg lbh mencabar.Sebarang komen dan cadangan amat dialukan.Akan datang aku ingat nk citer pasal nk beli kereta baru atau kereta second hand.nk made in Malaysia atau made luar negara.
Posted by Green Thinker at 12:51 AM 0 comments
Wednesday, July 15, 2009
Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum,
Pada hari selasa(14/7/2009) aku terniat untuk buat blog aku sendiri untuk aku meyuarakan pendapat aku mengenai apa sahaja perkara yang aku rasakan ingin aku berkongsi dengan orang lain. Dan pada waktu coretan pertama ini di post menunjukkan bermulanya sesuatu yang baru bagi aku yang aku harap dapat memberi pengajaran dan perubahan dalam hidup aku di masa akan datang.
Aku masih baru dalam dunia blogging nie tapi perlahan2 aku akan cuba belajar untuk menjadikan blog ini lebih mudah dibaca dan difahami.
Aku harap menerusi blog "thinktotalk" ini dapat sama2 kata berbincang dengan fikiran yang terbuka dan saling berkongsi pendapat untuk manfaat bersama.
Posted by Green Thinker at 2:32 AM 0 comments