BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 17, 2010

Hari-Hari Terakhir Seorang Penganggur…

Salam, Hari ini adalah hari terakhir aku sebagai penganggur.Esok bermula hidup aku sebagai seorang pekerja.Mmmm bkn pekerja lah.lebih kepada trainee.Esok aku akan menjadi trainee di iPerintis Sdn Bhd iaitu anak syarikat Petronas yg terlibat dlm bidang IT.Aku adalah salah seorang yg berjaya diterima masuk dlm Graduate Program yg dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia(BNM).Ringkasnya BNM menghantar aku training di iPerintis dgn elaun bulanan dibayar oleh BNM.Harapan aku dlm masa terdekat nie aku dapat diserap masuk terus ke dalam BNM. Selepas habis belajar bln 11 tahun lepas aku terus menganggur sampai sekarang.Susah nk dapatkan kerja.Maklumlah ekonomi masih tidak begitu baik.Tp kira bertuah gak sbb bln satu aku dapat byk offer.Kebanyakannya drpd bank.Tp semua terpaksa ku tolak sbb peluang BNM nie bkn senang dapat.Walaupun hanya bg elaun bulanan sahaja.Aku berserah aje.Aku harap dan berdoa pilihan aku nie betul. So esok Isnin bersamaan dgn 18 Januari 2010 aku akan mulakan perjalanan aku……Kena bangun pagi hari2.Uwaaaa……

Wednesday, January 06, 2010

Tahun Baru Harapan Baru

Assalamualaikum,

Tahun 2010.Bermulanya hidup aku yg sebenar.Aku ada masa 8bulan sahaja utk meletakkan diri aku di tempat yg kukuh dan selesa.Banyak perkara yg telah lama aku pikirkan dan perlu dilaksanakan.Aku harap selepas bulan 8 tahun ini segala harapan aku dpt dilaksakan dengan sempurna.Cuma satu sahaja harapan aku yg aku rasa xdpt dilaksanakn dgn sempurna.Walaupun itu adalah harapan aku yg utama tp aku terlalu ragu2.Terlalu byk yg berlaku sblm ini yg menyebabkan aku tak yakin dgn harapan aku yg satu nie.Hanya berserah pada takdir.Perkara terbaik utk org yg terbaik.Aku redha.Aku harap tahun 2010 ini dapat memberi aku sesuatu yg baru dan sesuatu yg bernilai.Keep Fighting.....