BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 17, 2010

Hari-Hari Terakhir Seorang Penganggur…

Salam, Hari ini adalah hari terakhir aku sebagai penganggur.Esok bermula hidup aku sebagai seorang pekerja.Mmmm bkn pekerja lah.lebih kepada trainee.Esok aku akan menjadi trainee di iPerintis Sdn Bhd iaitu anak syarikat Petronas yg terlibat dlm bidang IT.Aku adalah salah seorang yg berjaya diterima masuk dlm Graduate Program yg dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia(BNM).Ringkasnya BNM menghantar aku training di iPerintis dgn elaun bulanan dibayar oleh BNM.Harapan aku dlm masa terdekat nie aku dapat diserap masuk terus ke dalam BNM. Selepas habis belajar bln 11 tahun lepas aku terus menganggur sampai sekarang.Susah nk dapatkan kerja.Maklumlah ekonomi masih tidak begitu baik.Tp kira bertuah gak sbb bln satu aku dapat byk offer.Kebanyakannya drpd bank.Tp semua terpaksa ku tolak sbb peluang BNM nie bkn senang dapat.Walaupun hanya bg elaun bulanan sahaja.Aku berserah aje.Aku harap dan berdoa pilihan aku nie betul. So esok Isnin bersamaan dgn 18 Januari 2010 aku akan mulakan perjalanan aku……Kena bangun pagi hari2.Uwaaaa……

0 comments: